English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF
Powered By Blogger

Wednesday, December 16, 2009

2 SEGITIGA SYAITAN

Salaaaam alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.
Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?
2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.








Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7
Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.
Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?
Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.
- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.
- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.
- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.
- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.
- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.
- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.
Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;
- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.
- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.
- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.
Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.
Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.
Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.
Kerajaan-kerajaan jin di atas air
Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.
Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.
Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?
Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.
Kesimpulan
Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah
- piramid yang berbentuk segitiga,
- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,
- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,
- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,
- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),
- misteri UFO dan sebagainya.
Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Monday, December 14, 2009

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati


Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini.  Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah  ”Ridda” yang  bermaksud  ”murtad”.
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.  Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

Sila baca juga 77th annual illumination of Rockefeller Center Christmas tree

tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.  Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud.  Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah  Semiramis dengan Namrud;
ancient goddess

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
semiramis in coin
Semiramis dalam duit syiling lama

illuminati_liberty
Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
Columbia_Pictures
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
13 illuminati bloodlines
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya.  Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.  Sila baca  Illuminati dan hiburan
Sesame Street - Abbey Road
.

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
UN-LOGO
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
unesco



Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
bendera USA
Bendera Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.



bendera Australia
Bendera Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil.  Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.



bendera china
Bendera China – Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil




bendera russia
Bendera Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata.  Dan ada satu bintang di atasnya.


bendera israel
Bendera Israel – Sudah terang lagi bersuluh



bendera UK
Bendera United Kingdom (UK) –  Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya.  Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS.  Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu.  Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.



Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya.  Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.  Dan yang paling PENTING,   rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.

Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu  13 : 18   Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’  bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya.  Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
great seal



Dan ketahuilah bahawa nombor  666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu.  Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
barcode666
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
easter origin
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’  atau dalam bahasa babilonian nya ‘Ishtar’.  Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte

.
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.  Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda:  “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Sunday, December 13, 2009

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.
Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.
Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.
Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.
Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.
Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.
Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.
Di Amerika sahaja ada pasaraya TERBESAR di dunia, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik-pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka, sebab itu lah mereka menjadi Brilliant, Intelligent dan hebat dalam soal DUNIA. Otak mereka cerdas dan segar tanpa tercemar dengan banyak bahan kimia.
Tetapi umat kita sekarang diberi makanan yang sudah BANYAK tercemar dan mengandungi bahan kimia dan melembabkan OTAK!! Sebagai contoh, sebab itu kanak-kanak sekarang mengaji pun lambat nak ingat, lemau, malas belajar dan seumpamanya.
Perniagaan makanan dan francais-francais yang berkaitan dengannya diterajui oleh Collins, iaitu salah satu dari 13 keturunan dalam Illuminati.  INGAT, keluarga-keluarga Illuminati itu mempunyai bidang-bidang kuasa tersendiri yang telah dibahagikan sesama mereka.
Jauhilah lah makan makanan-makanan ringan. Jauhilah McDonald, KFC, Starbucks, dan seumpamanya, kerana itu semua adalah milik Illuminati yang hanya akan membawa PENYAKIT yang pelbagai kepada umat Islam dan membunuh secara HALUS. Jangan terpedaya dengan kesedapan yang menjilat jari dan mengancam selera itu. Begitu juga jangan TERPENGARUH dengan iklan-iklan yang memikat manusia secara psikologi.
Di dalam makanan-makanan ringan di pasaran sana biasa terdapat bahan-bahan kimia seperti Chlorine, Fluoride, Benzene (yang biasa disebut bahan pengawet atau dicampur dalam Potassium menjadi Potassium benzoate, atau dicampur ke dalam Sodium menjadi Sodium benzoate), Melamine, BPA (Bisphenol-A), Nitrites, Nitrates, Ethorbates, MSG (Monosodium Glutamate), Aspartame (sejenis pemanis bukan gula) dan sebagainya lagi. Ini belum lagi dicampur dengan bahan-bahan metal yang terkandung dalam air seperti plumbum, aluminium, tembaga dan macam-macam lagi. Semua kandungan itu boleh membunuh manusia secara beransur-ansur dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Sayur-sayuran dan tanaman kita sekarang ini pun biasa disembur dengan racun yang bergelar pesticides dan insectisides. Sedangkan pesticides dan insectisides itu sebenarnya boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh badan manusia itu sendiri, yang menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit.



Dan banyak sangat lagi syarikat-syarikat minuman dan makanan milik mereka. Di atas ini adalah jenama-jenama yang NYATA milik mereka, belum lagi dicampurkan dengan jenama-jenama yang berselindung dan tidak diketahui umum.  Lihatlah kepada logo Pepsi dan Coca cola yang selain berwarna merah dan ada bentuk bulat pada Pepsi dan nombor 666 tersembunyi pada Coca Cola, ia juga mempunyai jalur yang meliuk lentuk.
Jalur meliuk lentuk seperti pergerakan seekor ULAR, itu lah haiwan yang LICIK dan Iblis pernah menyamar sebagai ULAR untuk menipu Hawa dan Adam di dalam syurga dulu.
.
Rokok, dadah dan alkohol
Penggunaan bahan-bahan ini sudah JELAS dan TERANG akan merosakkan jiwa dan raga manusia dan dapat membunuh secara beransur-ansur juga. Maka dengan itu lah mereka mempengaruhi banyak pihak agar ketiga-tiga bahan yang merbahaya kepada manusia itu dapat diseludupkan ke merata tempat.
Pasaran ROKOK dan DADAH diterajui oleh RJ Reynolds, di mana Reynolds adalah salah satu dari 13 keluarga utama Illuminati. Jenama rokok seperti More, Salem, Camel, Winston, Lucky Strike dan beberapa lagi adalah di bawah kelolaannya.
Sedangkan CIA pun mempunyai skandal dengan dadah, dan CIA itu sendiri berada di bawah kuasa Illuminati. Begitu juga dengan penguasaan mereka ke atas Golden Triangle / Segitiga Emas (antara kawasan penanaman popi / dadah terbesar di dunia).
Bagi seorang athlit atau ahli sukan, kebiasaan mereka akan menggunakan dadah jenis steroid untuk menambahkan tenaga serta stamina dalam sukatan yang terhad. Kesan buruk darinya akan mula dirasai apabila ahli sukan itu telah mula kurang aktif pada suatu masa nanti dan akan mengundang banyak penyakit kronik juga hasil darinya.
Berkenaan arak dan rokok ada tambahannya di  tajuk Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Ingatlah, ada 3 agenda utama Illuminati yang MEMBUNUH dan MEROSAKKAN secara senyap iaitu SEKS, DADAH (termasuk bahan kimia dan toksik) dan SIHIR (sex, drug and magic).  Dan ianya diselitkan di dalam pelbagai MEDIUM seperti media massa, hiburan , makanan, minuman, pembelajaran, permainan dan sebagainya.
.
Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN
Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat.  Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.
Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.


 

Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN  Selsema Babi yang merbahaya.


Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?
Jane mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal  dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.
Dan menurut David Icke (seorang pensyarah dan pengarang buku), dinasti Rothschild dan Rockefeller yang terlibat dalam hal VAKSIN  itu, juga menguasai perubatan yang berkaitan dengan FARMASI dan POLISI KESIHATAN kerajaan di seluruh dunia.  Rockefeller dikenali sebagai keluarga Illuminati yang menguasai pasaran minyak dunia, dengan syarikatnya iaitu Exxon-Mobil.  Manakala Rothschild menguasai perbankan dunia dan dia memiliki Bank of Rothschilds iaitu bank yang tertua dan terbesar di dunia.
Jane Bürgermeister juga telah memfailkan tuduhan jenayah bio terhadap gergasi FARMASI seperti Novartis International AG di Switzerland dan Baxter AG di Austria.  Dan lebih mengejutkan lagi, virus H1N1 baru sahaja diwar-warkan pada tahun ini, sedangkan syarikat Baxter telah memfailkan PATENT untuk VAKSIN H1N1 pada 28 Ogos 2008 dulu lagi. Maka bagaimana mereka sudah tahu virus itu akan muncul sedangkan pada ketika itu tidak ada tersebar lagi tentang H1N1.
Sila baca file PATENT mereka di sini
Dan PATENT itu pula telah diterbitkan pada bulan Mac 2009, SEBULAN sebelum VIRUS-VIRUS itu dilepaskan di Mexico.

Hakikatnya, bukan Selsema Babi / Swine Flu, Selsema Burung / Bird Flu, atau lain-lain penyakit itu yang merbahaya, TETAPI suntikan VAKSIN itu lah yang lebih merbahaya kerana ia dapat mengakibatkan kesan buruk dan membunuh secara senyap dan beransur-ansur.  Orang-orang yang TIDAK TERKENA penyakit Selsema Babi pun diberikan VAKSIN juga.
Sasaran mereka bukan membunuh secara mendadak, tetapi melemahkan sistem IMUNISASI manusia itu sendiri. Jika sistem imunisasi manusia lemah, maka apa-apa penyakit pun mudah datang dan akan semakin parah dan rosak tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan kematian insyaAllah.
Bermakna di situ, manusia akan MATI dengan penyakit-penyakit lain pula di kemudian hari nanti, yang kita semua tidak tahu dari mana datang punca sebenar penyakit tersebut. Dan orang-orang yang bertanggung jawab terhadap JENAYAH ini tidak dapat dikesan apa lagi untuk didakwa.  Hanya Allah S.w.t yang dapat membalas kejahatan mereka kemudian hari nanti.


Kesimpulan
Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua, cuba lah amalkan pemakanan sihat secara alamiah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan , terutamanya makanan-makanan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w, makan dan minum cara Rasulullah dan seumpamanya.  Elakkan makanan-makanan yang diproses, makanan ringan , pil-pil yang mengandungi bahan kimia, vaksin-vaksin dan seumpamanya. Dan seperti biasa jangan lupa baca ayat-ayat elak fitnah Dajjal dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.  Semoga Allah melindungi kita semua dari FITNAH DAJJAL, amiin.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” Surah Al A’raaf : Ayat 56
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Surah Ar Ruum : Ayat 41
“Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!.” Surah An Nisaa’ : Ayat 71
Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat 71 di atas sebagai Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman agar sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh.  Jangan salah faham pula ya, itu bukan perintah supaya pergi menyerang orang ikut suka hati, tetapi hanya diperintah agar bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan musuh dan berperang hanya jika Islam diserang.
Semoga Allah memberikan yang TERBAIK buat anda semua wahai saudara-saudaraku.  Sungguh indah dunia ini jika masing-masing saling bantu membantu dan bukan hanya PENTINGKAN diri sendiri semata-mata. Maafkanlah diri saya yang HINA ini andai ada salah dan silap.  Sayangilah diri anda, keluarga anda, saudara seiman anda dan manusia serta makhluk yang tidak bersalah seluruhnya. Dan semoga pihak-pihak yang zalim, yang tidak berperikemanusiaan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan agar mereka menyesal di atas perbuatan mereka sebelum terlambat. Sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih, na’uzubillah.  Wallahu a’lam  :)









Pemerintah-pemerintah baru dunia

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut adalah video-video yang tajuk asalnya ialah The New Rulers Of The World – by John Pilger.  Semoga ianya dapat membuka mata hati kita betapa dunia sekarang ini diperlakukan dengan zalim oleh golongan Illuminati, yang mana konsepnya sama seperti di zaman Firaun dahulu kala cuma dengan cara dan taktik yang berlainan.
Tidak hairanlah Indonesia menjadi salah satu sasaran hebat mereka untuk mengumpul kekayaan kerana Indonesia merupakan salah satu dari negara yang berpenduduk paling ramai di dunia. Pada tahun lepas iaitu 2008, Indonesia berada pada ranking ke 4 dalam populasi penduduk dunia.  Maka tenaga-tenaga kerja mereka dijana bagi mengkayakan golongan-golongan atasan yang pernah menjadi PENJAJAH di negara paling miskin itu.
Bayangkan, sebuah negara yang amat banyak hasil bumi, tetapi boleh menjadi negara termiskin. Itu lah kesan dari penjajahan dan dominasi oleh Illuminati terhadap hasil bumi dan tenaga-tenaga sumber manusia mereka.  Tanpa berlengah lagi mari kita saksikan sendiri betapa kezaliman telah dilakukan ke atas negara tersebut sehingga ke hari ini.












77th annual illumination of Rockefeller Center Christmas Tree

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Masih ingat dengan nama Rockefeller? Bagus, itulah nama salah satu keluarga dalam Illuminati.  Di sini bukan untuk menceritakan secara panjang lebar tentang keluarga Rockefeller kerana ianya sudah sedia dimaklumi. Tetapi di sini saya hanya ingin menyelitkan beberapa gambar perayaan yang ke 77 pokok krismas Rockefeller center yang diadakan baru-baru ini di New York.
Adakah pokok krismas itu betul-betul digunakan untuk memperingati Hari Lahir Yesus, atau adakah ianya untuk memperingati pokok Evergreen yang tumbuh setelah kematian Namrud / Nimrod dan menjadi pujaan isteri merangkap ibunya iaitu Semiramis dan digunakan untuk memperingatinya dari dulu hingga kini?

Lihatlah pokok krismas yang bergemerlapan dan sambutan yang penuh meriah. Cuma sila perhatikan di puncak pokok tersebut, apa yang anda dapat lihat?  Ya, matahari  yang bersinar / illuminate.


The 77th annual Rockefeller Center Christmas Tree pada 2 Disember 2009


Pelakon wanita iaitu Jane Krakowski memperkenalkan Presiden dan CEO NBC iaitu Jeff Zucker (kiri) ,  pemilik Rockefeller Center iaitu Jerry Speyer dan Datuk Bandar New York City iaitu Michael Bloomberg.


Simbol matahari bersinar / illuminate di puncak pokok krismas.  Maka tidak hairanlah jika Illuminati juga menyambut KRISMAS, kerana walaupun jika ada mereka mengatakan bahawa Yesus yang diingati, sebenarnya bukan Yesus yang diperingati oleh mereka, tetapi Namrud.

Sumber foto dari  China Daily

Berikut adalah petikan dari tajuk  Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati tentang sejarah pokok Krismas.  Sila baca dan hayati cerita dengan teliti.
Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya (Namrud) amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

How does this blog?

NETRIDER TEAM

Followers